Monday, 20 June 2016

Cream Puff 200 bijik!!! Berakhir sudah 'sumpahan' itu!

Selepas percubaan buat cream puff 2 minggu lepas berjaya setelah 2-3 tahun tak buat, hari ni ai dimintak buat 200biji cream puff untuk majlis iftar.....

To be honest, rasa takut berbaur cuak tu masih ada. Pengalaman pertama buat cream puff 2-3 tahun lepas yang tak menjadi buat ai 'pencen'. Tapi bila 2 minggu lalu kawan baik teringin nak makan, ai gagah buatkan jugak dan alhamdulillah berjaya walaupun hasilnya tak berapa perfect. So.... Cabaran 200 bijik disahut!! 



Ni resepi yang ai guna :

CHOUX PASTRY : (anggaran 40-45biji)

Bahan A 
100 gm majerin pelangi ( butter lagi sedap)
1 sudu besar gula pasir
250ml air

Bahan B
125gm tepung gandum

Bahan C
4 biji telur

- Panaskan oven guna api atas dan bawah pada suhu 220 darjah (bergantung pada jenis oven). Ai guna oven biasa. Kalau untuk biskut, ai bakar suhu 200 darjah api atas dan bawah. Kalau kek, ai guna 175 darjah api bawah saja untuk 45 minit dan baki lagi 5 minit guna api atas. Berdasarkan panduan ni, uolls mesti boleh agak suhu yang patut digunakan, serta perbezaannya bergantung pada suhu biasa yang uolls guna
- Masukkan Bahan A dalam periuk. Didihkan atas api sederhana hingga majerin cair saja. Tutup api.
- Masukkan Bahan B (tepung). Kacau cepat-cepat guna senduk kayu hingga adunan kental dan tidak berketul-ketul.
- Nyalakan semula api kecil dan terus mengacau adunan lebih kurang 1 minit hingga kepingan nipis adunan kelihatan di dinding periuk. Tutup api, alihkan periuk dan biarkan adunan suam sekejap.
- Masukkan Bahan C (telur). Kacau cepat-cepat hingga adunan licin dan sedia untuk dipaipkan.
- Masukkan adunan dalam 'piping bag' dengan hujungnya diletakkan nozzle berbentuk bintang. Ai guna nozzle yang bawah ni ja...




- Griskan tray kemudian paip adunan dengan sekali pusing dan tamatkan di tengah dengan muncung  dibiarkan tinggi untuk dapatkan cream puff yang naik cantik. Diameter satu pusingan tu lebih kurang 5cm dah cukup...besar sikit dari syiling 50 sen yang lama. Jarakkan satu inci setiap satu. 

- Ada satu tips yang dikongsi di beberapa blog yang nasihatkan agar adunan yang dipaipkan biarlah cukup-cukup untuk dimasukkan dalam oven. JANGAN PAIP ADUNAN SIAP-SIAP DAN TINGGALKAN LAMA MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIBAKAR kalau nak dapatkan puff yang gebu dan naik cantik.

- Renjiskan air di atas permukaan puff. Ai guna tangan ja. Letak air dalam mangkuk kecik, then renjis ala-ala nak kejutkan orang pengsan tu! Renjisan air tu PENTING untuk hasil 'berongga' di dalam puff.

- Bakar pada suhu 220 darjah (api atas dan bawah) selama 30 minit. JANGAN BUKA PINTU OVEN dalam tempoh 30 minit pertama!!!! Kalau tak, confirm puff akan penyet @ turun. Pada minit ke 31, ai alihkan tray supaya puff masak sekata dan turunkan suhu ke 200 darjah (api bawah sahaja ) 

- Sambung bakar lagi 10 minit. Bila genap 10 minit, ai keluarkan tray dan letakkan atas oven yg panas sepanjang tempoh membakar tray yang kedua. Ai tak alihkan atas jaring. Hasilnya puff naik cantik dan dalamnya juga masak sempurna. Nampak ni.....


Cantik, kan? Biar je puff tu atas oven macam ni sepanjang tempoh memasak tray yang kedua tu.

Bila dah siap tray kedua, baru alihkan puff dari tray pertama atas jaringan. Letakkan pulak tray kedua atas oven. Ulang proses yang sama hingga habis.


Biarkan puff sejuk di atas jaringan sebelum diisi dengan inti kastard.

Ini hasil sebelum bakar ....




Ini pulak hasil selepas dibakar, nampak tak puff ni berkembang dengan jayanya.....


Ini pulak resepi inti kastard mudah...yang ni cukup untuk 35-38 biji puff ikut saiz yang ai buat....

CUSTARD CREAM

Bahan A :
1 tin susu cair
1 biji telur
120gm gula pasir
Secubit garam

Bahan B :
125 ml air
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard

Bahan C :
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter


- Masukkan Bahan A dalam periuk. 
- Larutkan Bahan B dalam mangkuk berasingan, kemudian tapiskan dalam periuk tadi. Masak guna api perlahan sambil kacau guna senduk kayu.
- Jangan berhenti mengacau hingga adunan pekat, kalau stop sekejap, adunan mungkin hangus....Ai kacau laju-laju sampai timbul buih.
- Bila adunan start memekat, buih-buih akan hilang sepenuhnya, baru ai tutup api dan alihkan periuk.
- Masukkan Bahan C, kacau sebati dan biarkan suam sedikit sebelum dimasukkan ke dalam piping bag. Ai guna nozzle kecik ja, kalau tak guna nozzle pun boleh untuk custard creme ni.
Paipkan dalam puff yang dibuat tadi. Tak susah nak buat lubang untuk isi custard cream tu, struktur nozzle bintang tu memang 'membantu'.

- Paipkan inti hingga puff montok gitu....SIAP!!!

Psttt...cream puff boleh diletakkan pada suhu bilik tapi jangan lebih 12 jam, takut custard cream basi. Simpan peti sejuk, tahan la dalam 3-4 hari. Cuma bila keluar dari peti sejuk, puff tu agak keras sikit. Biarkan sekejap pada suhu bilik sebelum dijamah...okay????

Berakhir sudah sumpahan itu!!! Ai tak takut dah buat cream puff!!! Yes, it's true, practise makes perfect! Berani mau ada!!!


5 comments:

  1. Boleh ke simpan cream ouff ke dalam peti sejuk?

    ReplyDelete
  2. hai saya nak tanya, cream puff tu kalau lepas di bakar tanpa letak filling tahan x kalau semalaman di suhu bilik je?

    ReplyDelete
  3. Buy the most expensive is Titanium Art from TheTatanium.com
    Shop mens titanium earrings our great selection galaxy watch 3 titanium of Titanium Art for the titanium white dominus price highest quality. T-Bone titanium white rocket league Art is used to create new vintage and used titanium tubing pieces of art.

    ReplyDelete