Monday, 20 June 2016

Menu 45 minit


Ai ada satu kelemahan...ai kerap terleka kalau membelek fon. Hari ni, ai 'terbabas' kaw kaw....
Sedang ai syok khayal dengan fon, anak tiba-tiba datang kat dapur cakap "Dah 6.48 petang....arini kita makan apa?"....

AllahuaAkbar.... Macam halilintar kedengaran ayat tu.....terus saja ai sediakan sirap satu jag dan air bandung satu jag.

Pastu ai tanak nasi. Sambil tu, buat kerja memotong apa yang patut. Mujurlah ai dah 'defrost' udang dan ayam... Waktu berbuka 7.33pm. Ai ada 45 minit ja.....uwarghhhhhh......

First, ai buat telur bistik dulu. Asalnya nak buat telur bungkus, tapi sebab tak sempat nak 'membungkus' ... Ai buat style bistik ja...



TELUR BISTIK 

4 biji telur
Garam

Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (cincang)

½ cawan daging cincang (rebus dulu)
½ cawan bunga kobis
4 batang baby corn (potong bulat)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)

3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk Maggi Secukup Rasa

- Buat telur dadar, ketepikan. Ai masak sebelah saja, tak terbalikkan bahagian atas tu. Biar separuh masak, kemudian alih ke atas pinggan.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau, kemudian masukkan daging dan goreng sekejap.
- Masukkan semua sayur, kacau sebati. Kemudian tambah sos tomato dan sos tiram. Perasakan dengan Serbuk Maggi Secukup Rasa. Bila siap, curahkan atas telur dadar tadi....

 Yang seterusnya ni menu mudah.... terima kasih pada pes tomyam segera Adabi..... Walaupun tak berapa 'ummphhh' tapi pes tomyam ni selalu jadi penyelamat kalau timbul kes 'terbabas' macam hari ni...

TOMYAM AYAM SEGERA 

1 cawan isi ayam (hiris nipis)
1 batang serai (ketuk)
4 cawan air
2 peket Pes Tomyam Adabi

2 biji bawang Holland ( hiris sederhana)
Cili padi secukupnya

1 bii tomato (potong baji)
Daun sup secukupnya (untuk tabur)

- Didihkan ayam, serai, air dan pes tomyam.
- Bila ayam masak, masukkan bawang dan cili padi. Biar sekejap sebelum masukkan tomato.
- Tutup api. Tabur daun sup semasa menghidang.




Ini menu favourite....dengan kos sebanyak RM1 untuk sepotong tenggiri masin bersaiz 2 inci dan secekak sayur kailan berharga RM2.50, ai dapat hasilkan serving yang 3 kali ganda berbanding yang ai selalu makan di kedai tomyam abang-abang Narathiwat tu..... Kalau sepiring RM3.50, maka serving yang ni kosnya RM10.50....huhuuu.... Banyak bezanya tu....

KAILAN IKAN MASIN 

Tenggiri masin ( anggaran 2-3" )
Minyak masak secukupnya

1 ulas bawang putih (ketuk)
Secekak kailan (potong sepanjang 2")
Beberapa tangkai cili padi (ketuk)
1 labu bawang Holland (hiris)

¼ cawan air 
1 sudu besar tepung jagung

- Panaskan minyak, goreng tenggiri. Bila tenggiri dah masak, alihkan ke atas pinggan. Asingkan tulang dan hancurkan isinya.
- Tumis bawang putih, bila terbit bau, terus masukkan kailan, cili padi dan bawang. Kacau sebati, kemudian masukkan ikan masin yang dihancurkan tadi.
- Bancuh air bersama tepung jagung, tuang ke dalam kuali, sebatikan dan terus angkat...

Sekalipun 'terbabas', ai masih kuatkan iman untuk tidak 'shopping' di bazaar Ramadhan hingga hari ke 15, Alhamdulillah!!!!

No comments:

Post a Comment