Thursday, 23 June 2016

Dah lama rasanya tak makan ikan siakap. Sejak-sejak jarang makan di luar ni memang tak merasa la nak makan ikan siakap sebab pasar area sini jarang ada ikan ni. Atau mungkin hari tertentu yang ada tapi ai pulak tak 'melawat kawasan' haritu.

Beberapa hari lepas, agaknya langkah kanan, dapat jugak siakap. Saiz biasa, panjang sikit dari saiz A4 paper tu cuma RM12.80 seekor.....

Buat masak sweet sour ja....sebab cepat dan bahan-bahan pun semua dah ada.... Guna resepi mudah, main campak-campak saja.... Ok la kan, baru RM12.80, kalau makan kat luar, boleh tahan jugak harganya.....

SIAKAP MASAK SWEET & SOUR

1 ekor ikan siakap
Sedikit garam dan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

- Bersihkan ikan, lumur dengan garam kemudian taburkan tepung jagung
- Panaskan minyak, goreng ikan sampai masak. Angkat dan ketepikan

Untuk sos :

Sedikit minyak masak
3 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 " halia (hiris nipis)

1 cawan air
5 sudu besar sos tomato 

Baby corn, bawang Holland, cilipadi
Garam dan gula
Sedikit serbuk Maggi Secukup Rasa
Daun sup untuk hiasan

- Panaskan minyak, tumis bawang putih dengan halia hingga terbit bau. Masukkan air dan sos tomato. Biar menggelegak.
- Masukkan sayur, bawang dan cili yang dah dipotong, perasakan dengan garam, gula dan serbuk Maggi Secukup Rasa. Kacau, angkat dan curahkan di atas ikan. Hias dengan daun sup.

# lebih sedap kalau ada capsicum dan nenas yang dipotong dadu.... Capsicum merah dan kuning tu mencantikkan hidangan.....




Monday, 20 June 2016

Menu 45 minit


Ai ada satu kelemahan...ai kerap terleka kalau membelek fon. Hari ni, ai 'terbabas' kaw kaw....
Sedang ai syok khayal dengan fon, anak tiba-tiba datang kat dapur cakap "Dah 6.48 petang....arini kita makan apa?"....

AllahuaAkbar.... Macam halilintar kedengaran ayat tu.....terus saja ai sediakan sirap satu jag dan air bandung satu jag.

Pastu ai tanak nasi. Sambil tu, buat kerja memotong apa yang patut. Mujurlah ai dah 'defrost' udang dan ayam... Waktu berbuka 7.33pm. Ai ada 45 minit ja.....uwarghhhhhh......

First, ai buat telur bistik dulu. Asalnya nak buat telur bungkus, tapi sebab tak sempat nak 'membungkus' ... Ai buat style bistik ja...



TELUR BISTIK 

4 biji telur
Garam

Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (cincang)

½ cawan daging cincang (rebus dulu)
½ cawan bunga kobis
4 batang baby corn (potong bulat)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)

3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk Maggi Secukup Rasa

- Buat telur dadar, ketepikan. Ai masak sebelah saja, tak terbalikkan bahagian atas tu. Biar separuh masak, kemudian alih ke atas pinggan.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau, kemudian masukkan daging dan goreng sekejap.
- Masukkan semua sayur, kacau sebati. Kemudian tambah sos tomato dan sos tiram. Perasakan dengan Serbuk Maggi Secukup Rasa. Bila siap, curahkan atas telur dadar tadi....

 Yang seterusnya ni menu mudah.... terima kasih pada pes tomyam segera Adabi..... Walaupun tak berapa 'ummphhh' tapi pes tomyam ni selalu jadi penyelamat kalau timbul kes 'terbabas' macam hari ni...

TOMYAM AYAM SEGERA 

1 cawan isi ayam (hiris nipis)
1 batang serai (ketuk)
4 cawan air
2 peket Pes Tomyam Adabi

2 biji bawang Holland ( hiris sederhana)
Cili padi secukupnya

1 bii tomato (potong baji)
Daun sup secukupnya (untuk tabur)

- Didihkan ayam, serai, air dan pes tomyam.
- Bila ayam masak, masukkan bawang dan cili padi. Biar sekejap sebelum masukkan tomato.
- Tutup api. Tabur daun sup semasa menghidang.




Ini menu favourite....dengan kos sebanyak RM1 untuk sepotong tenggiri masin bersaiz 2 inci dan secekak sayur kailan berharga RM2.50, ai dapat hasilkan serving yang 3 kali ganda berbanding yang ai selalu makan di kedai tomyam abang-abang Narathiwat tu..... Kalau sepiring RM3.50, maka serving yang ni kosnya RM10.50....huhuuu.... Banyak bezanya tu....

KAILAN IKAN MASIN 

Tenggiri masin ( anggaran 2-3" )
Minyak masak secukupnya

1 ulas bawang putih (ketuk)
Secekak kailan (potong sepanjang 2")
Beberapa tangkai cili padi (ketuk)
1 labu bawang Holland (hiris)

¼ cawan air 
1 sudu besar tepung jagung

- Panaskan minyak, goreng tenggiri. Bila tenggiri dah masak, alihkan ke atas pinggan. Asingkan tulang dan hancurkan isinya.
- Tumis bawang putih, bila terbit bau, terus masukkan kailan, cili padi dan bawang. Kacau sebati, kemudian masukkan ikan masin yang dihancurkan tadi.
- Bancuh air bersama tepung jagung, tuang ke dalam kuali, sebatikan dan terus angkat...

Sekalipun 'terbabas', ai masih kuatkan iman untuk tidak 'shopping' di bazaar Ramadhan hingga hari ke 15, Alhamdulillah!!!!

Cream Puff 200 bijik!!! Berakhir sudah 'sumpahan' itu!

Selepas percubaan buat cream puff 2 minggu lepas berjaya setelah 2-3 tahun tak buat, hari ni ai dimintak buat 200biji cream puff untuk majlis iftar.....

To be honest, rasa takut berbaur cuak tu masih ada. Pengalaman pertama buat cream puff 2-3 tahun lepas yang tak menjadi buat ai 'pencen'. Tapi bila 2 minggu lalu kawan baik teringin nak makan, ai gagah buatkan jugak dan alhamdulillah berjaya walaupun hasilnya tak berapa perfect. So.... Cabaran 200 bijik disahut!! 



Ni resepi yang ai guna :

CHOUX PASTRY : (anggaran 40-45biji)

Bahan A 
100 gm majerin pelangi ( butter lagi sedap)
1 sudu besar gula pasir
250ml air

Bahan B
125gm tepung gandum

Bahan C
4 biji telur

- Panaskan oven guna api atas dan bawah pada suhu 220 darjah (bergantung pada jenis oven). Ai guna oven biasa. Kalau untuk biskut, ai bakar suhu 200 darjah api atas dan bawah. Kalau kek, ai guna 175 darjah api bawah saja untuk 45 minit dan baki lagi 5 minit guna api atas. Berdasarkan panduan ni, uolls mesti boleh agak suhu yang patut digunakan, serta perbezaannya bergantung pada suhu biasa yang uolls guna
- Masukkan Bahan A dalam periuk. Didihkan atas api sederhana hingga majerin cair saja. Tutup api.
- Masukkan Bahan B (tepung). Kacau cepat-cepat guna senduk kayu hingga adunan kental dan tidak berketul-ketul.
- Nyalakan semula api kecil dan terus mengacau adunan lebih kurang 1 minit hingga kepingan nipis adunan kelihatan di dinding periuk. Tutup api, alihkan periuk dan biarkan adunan suam sekejap.
- Masukkan Bahan C (telur). Kacau cepat-cepat hingga adunan licin dan sedia untuk dipaipkan.
- Masukkan adunan dalam 'piping bag' dengan hujungnya diletakkan nozzle berbentuk bintang. Ai guna nozzle yang bawah ni ja...




- Griskan tray kemudian paip adunan dengan sekali pusing dan tamatkan di tengah dengan muncung  dibiarkan tinggi untuk dapatkan cream puff yang naik cantik. Diameter satu pusingan tu lebih kurang 5cm dah cukup...besar sikit dari syiling 50 sen yang lama. Jarakkan satu inci setiap satu. 

- Ada satu tips yang dikongsi di beberapa blog yang nasihatkan agar adunan yang dipaipkan biarlah cukup-cukup untuk dimasukkan dalam oven. JANGAN PAIP ADUNAN SIAP-SIAP DAN TINGGALKAN LAMA MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIBAKAR kalau nak dapatkan puff yang gebu dan naik cantik.

- Renjiskan air di atas permukaan puff. Ai guna tangan ja. Letak air dalam mangkuk kecik, then renjis ala-ala nak kejutkan orang pengsan tu! Renjisan air tu PENTING untuk hasil 'berongga' di dalam puff.

- Bakar pada suhu 220 darjah (api atas dan bawah) selama 30 minit. JANGAN BUKA PINTU OVEN dalam tempoh 30 minit pertama!!!! Kalau tak, confirm puff akan penyet @ turun. Pada minit ke 31, ai alihkan tray supaya puff masak sekata dan turunkan suhu ke 200 darjah (api bawah sahaja ) 

- Sambung bakar lagi 10 minit. Bila genap 10 minit, ai keluarkan tray dan letakkan atas oven yg panas sepanjang tempoh membakar tray yang kedua. Ai tak alihkan atas jaring. Hasilnya puff naik cantik dan dalamnya juga masak sempurna. Nampak ni.....


Cantik, kan? Biar je puff tu atas oven macam ni sepanjang tempoh memasak tray yang kedua tu.

Bila dah siap tray kedua, baru alihkan puff dari tray pertama atas jaringan. Letakkan pulak tray kedua atas oven. Ulang proses yang sama hingga habis.


Biarkan puff sejuk di atas jaringan sebelum diisi dengan inti kastard.

Ini hasil sebelum bakar ....




Ini pulak hasil selepas dibakar, nampak tak puff ni berkembang dengan jayanya.....


Ini pulak resepi inti kastard mudah...yang ni cukup untuk 35-38 biji puff ikut saiz yang ai buat....

CUSTARD CREAM

Bahan A :
1 tin susu cair
1 biji telur
120gm gula pasir
Secubit garam

Bahan B :
125 ml air
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard

Bahan C :
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter


- Masukkan Bahan A dalam periuk. 
- Larutkan Bahan B dalam mangkuk berasingan, kemudian tapiskan dalam periuk tadi. Masak guna api perlahan sambil kacau guna senduk kayu.
- Jangan berhenti mengacau hingga adunan pekat, kalau stop sekejap, adunan mungkin hangus....Ai kacau laju-laju sampai timbul buih.
- Bila adunan start memekat, buih-buih akan hilang sepenuhnya, baru ai tutup api dan alihkan periuk.
- Masukkan Bahan C, kacau sebati dan biarkan suam sedikit sebelum dimasukkan ke dalam piping bag. Ai guna nozzle kecik ja, kalau tak guna nozzle pun boleh untuk custard creme ni.
Paipkan dalam puff yang dibuat tadi. Tak susah nak buat lubang untuk isi custard cream tu, struktur nozzle bintang tu memang 'membantu'.

- Paipkan inti hingga puff montok gitu....SIAP!!!

Psttt...cream puff boleh diletakkan pada suhu bilik tapi jangan lebih 12 jam, takut custard cream basi. Simpan peti sejuk, tahan la dalam 3-4 hari. Cuma bila keluar dari peti sejuk, puff tu agak keras sikit. Biarkan sekejap pada suhu bilik sebelum dijamah...okay????

Berakhir sudah sumpahan itu!!! Ai tak takut dah buat cream puff!!! Yes, it's true, practise makes perfect! Berani mau ada!!!


Sunday, 19 June 2016

Nasi Goreng 5 Rencah

Diam tak diam dah 15 hari berpuasa. Honestly, beberapa hari lepas ai dah malas prepare sahur....

Awal-awal tu bukan main lagi, mana tidaknya, time tu kan school break. Kalau bangun boleh lewat-lewatkan sikit sebab anak-anak tak perlu ke sekolah.

Kalau tidur balik pun, tak da la rasa takut tak terjaga. Masa tu buat roti john, buat mee goreng, maggi sup tapi bila dah start sessi sekolah ni, kena bangun sahur awal, at least anak-anak ada masa untuk tidur sekejap lepas sahur tu.

Bila bangun awal, badan pulak letih sebab kena berjaga sampai time budak-budak tu dah ke sekolah, lepas tu Encik Boss ke pejabat. Lepas tu sambung buat kerja-kerja mendobi, mencuci pinggan, kemas mana yang patut. 

Tidur balik lepas tu? No way.... Ai serik dah. Memang betul kata orang, kalau tidur balik lepas subuh, badan jadi letih. Pernah sekali tu terbabas sampai 12 tengahari, anak yang sessi petang terpaksa ponteng..... Sejak tu ai tak tidur balik lepas subuh....takuuuttttt....

Dua tiga hari ni berlambak udang kat pasar. Udang putih kecik tu sekilo RM12 ja semalam...
Jadilah Nasi Goreng Udang 5 Rencah. Asalkan cepat dan simple untuk sahur.....

Pasal apa 5 rencah? Sebab mula-mula panaskan minyak, pastu masukkan udang. Goreng sekejap, pecah telur pastu bila telur dah masak sikit, masukkan nasi. Lepas sebatikan, masukkan pulak Perencah Nasi Goreng Udang Seri Aji. Nah!!!! Siap pun....bawang goreng tabur atas tu penyeri, so tak yah kira rencah la sebab tak masak sekali.

Rasa macam mana? Seriously, tak berapa nak sedap.... Bukan salah perencah, salah si Chef. Peket tu tulis ratio nasi (sukatan cawan) dengan perencah (sukatan peket) seharusnya 2:1 tapi ai letak 3.5POT nasi dengan 2 pek perencah..... So....saya MENGAKU SALAH!!!! 

Monday, 6 June 2016

Cream Puff untuk Surina

Hujung minggu lepas, kawan sekolah CS yang kali terakhir jumpa rasanya tahun 1988 dulu nak balik kampung. Dalam banyak-banyak produk bakery yang CS tau buat, dia teringin Cream Puff. Bukan sikit, 70 bijik katanya....dia nak order.
AllahuAkbar!!!



Seumur hidup cuma sekali buat Cream Puff, itupun 2-3 tahun lepas. Dengan oven comel di dapur tu, sekali bakar cuma 16 bijik ja, mau berjam-jam jugak di dapur.

Resepi choux pastry yang CS guna:

100gm majerin pelangi
250ml air
1 sudu besar gula pasir

125gm tepung gandum

4 biji telur saiz B


- Panaskan oven pada suhu 220 darjah (ikut oven masing-masing)
- Masukkan majerin, air dan gula pasir ke dalam periuk, masak guna api sederhana. Bila majerin cair dan adunan mendidih, tutup api, masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat guna senduk kayu.
- Nyalakan api dapur semula guna api kecil dan teruskan mengacau hingga terbit kepingan nipis doh di keliling periuk. Tutup api dan biarkan suam.
- Bila adunan suam, masukkan telur dan kacau cepat-cepat guna senduk kayu hingga adunan sekata dengan tekstur lembut serta mudah dipaipkan.
- Masukkan adunan 'choux pastry' tadi ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bentuk bintang dan paipkan atas tray yang disapukan dengan sedikit butter.
- Paip adunan dlm bentuk spiral dengan sekali pusing dan putuskan hujungnya di tengah. Jarakkan sikit dan paip hingga muat tray. Jangan paipkan baki adunan melainkan sehingga sampai masa untuk bakar. Kononnya choux pastry susah naik elok kalau adunan yang siap dipicit dibiarkan lama sebelum bakar. CS pernah terbaca di blog. Betul atau tak, CS tak pasti.
- Sebelum bakar, renjis dengan air. Ini membantu puff untuk naik dengan jayanya...punnn tips ni dari blog jugak. CS ikut ja....
- Bakar pada suhu 220 darjah guna api atas dan bawah untuk 30 minit. Kat sini ada pantang-larang jugak!
JANGAN BUKA pintu oven sebelum cukup 30 minit pertama.....untuk elakkan paf 'turun'
CS turunkan pada suhu 200 darjah pada minit ke 31 dan sambung bakar lagi 10 minit guna api bawah saja.....(tray juga dialihkan untuk pembakaran yang sekata)
- Siap dibakar 40 minit, CS keluarkan tray dari oven tapi tak terus letak atas jaringan. CS sengaja letakkan atas oven sepanjang tempoh membakar paf yang selanjutnya. Dari pengalaman CS, teknik ni akan hasilkan paf yang masak elok bahagian dalamnya.
Sejukkan di atas jaringan sebelum diletak inti kastard. Boleh la paip baki adunan untuk muatkan dlm oven untuk proses membakar seterusnya. Ingat!!! Paip cukup-cukup untuk bakar saja, jangan paip semua! Sampai masa nak bakar baru paipkan yang baki.

Resepi inti kastard :

1 tin susu cair susu cair
125ml air
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard
120gm gula pasir
1 biji telur saiz B

1 sukatan penutup botol esen vanilla
1 sudu besar butter

- Mula-mula CS larutkan tepung jagung jagung dengan tepung kastard dalam mangkuk dengan air dulu, kemudian tapiskan ke dalam periuk.
- Tambahkan susu cair, gula pasir dan telur ke dalam periuk. Kacau guna senduk kayu tanpa berhenti supaya adunan tak hangus. Guna api sederhana saja.
- Tutup api bila kastard memekat. Alihkan dan masukkan 1 sukatan tudung botol esen vanilla dan 1 sudu butter. Sebatikan.
- Selepas adunan kastard sejuk, paipkan ke dalam puff yang dibakar tadi. Kalau guna nozzle bintang, memang tak susah nak cari bahagian berlubang untuk paipkan inti.
- Cream puff perlu disimpan sejuk dan hanya tahan 2-3 hari